Monday, November 18, 2013

Pemakanan bagi ibu Menyusukan Bayi

Keperluan pemakanan ibu menyusu tidak jauh berbeza dengan ibu hamil. Walau bagaimanapun, ibu menyusu memerlukan tambahan 200 kalori sehari berbanding ibu hamil. Adalah penting bagi memastikan kalori ini datang daripada makanan yang berkhasiat kerana setiap apa yang ibu makan akan sampai kepada bayi yang disusukan. Secara umumnya, ibu menyusu memerlukan 2,000 hingga 2,200 kalori sehari. Di antara sumber makanan yang penting bagi ibu menyusukan ialah:
Protein
2-3 hidangan sehari.
1 hidangan bersamaan dengan 3-4 oz daging, ikan atau ayam.
Sumber protein termasuk :
  • Daging
  • Ayam
  • Telur
  • Keju, susu dan yogurt
  • Tauhu
  • Kekacang
makanan+berkhasiat Panduan Pemakanan Bagi Ibu Yang Menyusukan
 
ESP Shaklee (klik) kaya dengan protein. Ia mampu membekalkan keperluan protein harian untuk ibu menyusu supaya sentiasa bertenaga & cergas.
 
Kalsium
Pengambilan  kalsium yang dicadangkan ialah sebanyak 1,300 milligram sehari.
Sumber kalsium termasuk:
  • Susu, yogurt dan keju
  • Jus oren diperkaya kalsium
  • Tauhu
  • Ikan sardin
  • Sayuran hijau seperti sawi, siew pak choy, brokoli
Ostematrix Shaklee kaya dengan kalsium. Pengambilan Ostematrix setiap hari dapat membekalkan kalsium yang diperlukan oleh ibu menyusukan setiap hari.
Zat Besi
Jika anda berusia lebih daripada 19 tahun, anda memerlukan 9 miligram zat besi setiap hari.
Sumber terbaik zat besi termasuk :
  • Daging, Ayam
  • Makanan laut 
  • Kekacang
  • Buah-buahan kering
  • Kuning telur
Zinc Complex Shaklee adalah alternatif supaya badan mendapat zat besi secukupnya setiap hari.
Vitamin C
 Ibu menyusu memerlukan  Vitamin C yang secukupnya. Jika anda berusia lebih 19 tahun, anda memerlukan 120 miligram vitamin C setiap hari.
Sumber vitamin C yang baik adalah seperti :
  • Buah-buahan citrus seperti buah oren, kiwi
  • Buah-buahan tempatan seperti jambu batu, belimbing, tembikai susu
  • Sayur-sayuran seperti bayam, brokoli, sawi, kobis bunga, kobis, tomato
Vitamin C Shaklee juga mampu membekalkan vitamin C yang mencukupi untuk anda setiap hari.
Air
Susu ibu  terdiri daripada 87% air. Jadi ibu menyusu memerlukan air yang banyak supaya badan dapat menghasilkan susu yang mencukupi. Jangan abaikan rasa haus yang merupakan tanda badan anda memerlukan air. Pastikan anda minum air secukupnya, iaitu sekurang-kurangnya 8-10 gelas air setiap hari disamping  mengambil jus, susu, sup atau teh herba. Minum lebih air jika anda bersenam atau berpeluh dengan banyak semasa cuaca panas.
Perkara paling penting dalam penyusuan adalah mengamalkan perkara asas penyusuan (klik). Anda juga boleh mengambil breastfeeding set Shaklee (klik) bagi membantu anda menyusukan anak selama dua tahun.
 
Shaklee Breastfeeding Set Panduan Pemakanan Bagi Ibu Yang Menyusukan
 
 
Hubungi saya untuk tips penyusuan yang lain atau untuk mendapatkan breastpump dan breastfeeding set Shaklee dengan harga yang istimewa.

Kurus tidak boleh menyusu badan



saya kurus.. bolehke menyusu badan?

Allah tidak menjadikan kurus itu sesuatu halangan untuk menyusu.
paling penting dalam penyusuan adalah

DEMAND VS SUPPLY + lots of water

semakin kerap payudara dikosongkan semakin banyak susu dihasilkan. kerana otak akan mendapat isyarat supaya menghasilkan lebih banyak susu kerana payudara telah kosong.

Uniknya penyusuan ini,
susu akan dihasilkan mengikut keperluan bayi.
mengikut pengalaman, susu akan bertambah pada 6 bulan pertama bayi.
apabila bayi mula makan, susu akan berkurang kerana bayi kurang menyusu.

namun tetap penting dalam tempoh penyusuan, kekerapan dilakukan.
kerana itu penting untuk ibu berkerja mengepam
dan penting untuk waktu malam, ibu mengejut bayi untuk menyusu.

susu ibu juga akan menghasilkan antibodi setiap kali badan bayi dijangkiti virus.
kerana itu penting bagi ibu menyusu memakan pemakanan yang mempunyai nutrisi yang baik

Namun kerana kekangan masa, amat sukar mendapatkan nutrisi yang baik dalam pemakanan seharian.
oleh itu supplement diperlukan sebagai pengganti untuk penyusuan.

Supplement yang dimakan perlulah bebas dari bahan kimia.
Pilihlah supplement semulajadi seperti supplement Shaklee dan dari cosway.

untuk sebarang pertanyaan dan masalah berkaitan penyusuan/vitamin semulajadi boleh lah menghubungi sy . sy sudi berkongsi masalah.

012 698 2177 | MAI


Friday, November 15, 2013

Tambah susu dengan alfalfa

Menyusukan anak sehingga berumur 2 tahun adalah impian setiap ibu. Alfalfa Shaklee memang telah terbukti sebagai milk booster. Walau bagaimana pun, bagi mendapat hasil yang optimum, ibu-ibu wajib mengamalkan perkara-perkara berikut:
1) Mengosongkan payudara
Konsep asas bagi penyusuan yang berjaya ialah supply & demand. Maksudnya, bila payudara kita kerap kosong, otak akan mendapat signal bahawa supply sudah habis & ada demand untuk menghasilkan susu. Oleh itu, kalau payudara kita kerap kosong, otak juga akan kerap mengeluarkan signal supaya menghasilkan susu.

Payudara dikosongkan melalui dua cara: direct breastfeeding atau mengepam. Oleh itu bagi ibu yang bekerja, jangan culas untuk mengepam di pejabat.

2) Minum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari
Bila menyusukan bayi, memang kita akan kerap haus. Kalau perasan, bila kita kurang minum, susu pun akan berkurangan. Oleh itu, pastikan kita minum air yang secukupnya.

Tips untuk memastikan kita minum 3 liter air: masukkan air ke dalam botol 1.5 liter. pastikan kita habiskan 2 botol dalam sehari. Ini adalah cara yang saya buat.

3) Power pumping
Ramai ibu yang tak tahu power pumping ni apa. Power pumping ni tujuannya untuk boost up susu kita. Ianya boleh diamalkan sekurang-kurangnya seminggu sekali. macam saya, Semasa saya berpantang dulu,  saya buat setiap hari & alhamdulillah susu saya melimpah-ruah. 
Cara buat power pumping:

i) Pam payudara kanan selama sepuluh minit, kemudian pam sebelah kiri pula selama sepuluh minit. Ulang sampai sejam.

ii) Pam payudara kanan selama setengah jam, kemudian pam payudara kiri selama setengah jam.
iii) Untuk dual pam, boleh pam kedua-dua payudara sekali gus selama setengah jam.
Makin kerap kita buat power pumping, insya allah makin bertambah susu kita. 

4) Makan secukupnya
Menyusukan anak, memang membuatkan perut cepat lapar. Takpe, makan je bila lapar sebab kalau kita biarkan perut kosong, susu pun akan berkurangan. Sebab tu dalam islam, ibu yang menyusukan diberi kelonggaran untuk tidak berpuasa. Jadi, ibu-ibu jangan terlalu fikirkan kalori ye.

5) Makanan yang menjadi milk booster
Ada beberapa jenis makanan yang memang telah terbukti mampu menjadi milk booster. Apakah makanan yang dimaksudkan? Saya akan kongsi di lain kali.

6) Makan supplemen yang menjadi milk booster
Di sini lah alfalfa memainkan peranan. Bila kita dah buat semua 5 perkara di atas, kita boleh ambil alfalfa sebagai pelengkap kepada 5 usaha kita tadi. Ambil 2 biji alfalfa selepas mengosongkan payudara, maksimum 10 biji sehari. Boleh baca di sini dan di sini untuk mengetahui khasiat alfalfa. Anda juga boleh baca testimoni pengguna alfalfa sebagai milk booster di sinidan di sini.

7) Selalu berdoa kepada Allah supaya murahkan rezeki anak kita agar dapat menyusu sampai umur 2 tahun. Lepas usaha, mestilah kita tawakal. Minta pada Allah, insya allah akan dimakbulkan. doa ibu tiada hijab di sisi Allah.

Insya Allah, kita semua mampu menyusukan anak secara ekslusif selama 6 bulan & seterusnya menyusukan anak sampai berumur sekurang-kurangnya dua tahun.

Saya menyusukan Balqis sehingga berumur 4 tahun. berhenti pun sebab saya menngandungkan Aina atas nasihat doktor sebab kandungan pertama dulu ada komplikasi. Sekarang Aina berumur 5 bulan, menyusu secara ekslusif & Insya Allah akan cuba untuk meyusukan Aina sehingga dia yang wean off sendiri. 

alfalfa Tips Membanyakkan Susu Bersama Alfalfa Shaklee
Berminat untuk mencuba Alfalfa Shaklee sebagai milk booster? atau pun anda mahu mencuba      breastfeeding set Shaklee? Boleh hubungi saya.

Thursday, November 14, 2013

Menyusu badan kali pertama

Jika anda baru mula memberi bayi anda susu badan, anda sedang melakukan perkara terbaik untuknya. Namun jika ia tidak berlaku secara natural, janganlah bimbang. Ramai ibu yang sukar melakukannya sehinggalah mereka telah biasa. Kami akan membantu anda dalam langkah-langkah pertama ini.

Benarkah susu ibu adalah yang terbaik?

Benar, susu ibu atau susu badan adalah makanan terbaik untuk bayi anda. Tanyalah mana-mana pakar kesihatan dan mereka akan mengatakan bahawa cara yang paling sihat untuk memberi makan kepada bayi baru lahir ialah dengan menyusukan bayi anda. Bayi yang diberi susu badan sejak lahir kurang berkemungkinan jatuh sakit dalam tahun pertamanya. Memberi bayi susu badan dapat membantunya mengelakkan penyakit seperti:
Susu ibu juga dapat mengekalkan kesihatan bayi untuk jangka masa panjang. Satu kajian menunjukkan bahawa mereka yang diberi susu badan ketika bayi mempunyai tekanan darah yang lebih rendah, kadar kolesterol lebih rendah dan kurang berkemungkinan menghidap penyakit diabetes jenis 2 apabila dewasa berbanding mereka yang diberi susu formula.

Namun faedahnya bukan terhad kepada bayi sahaja. Menyusu badan juga baik untuk anda. Ia dapat mengurangkan risiko menghidap kanser payu dara sebelum menopaus (putus haid). Ia juga membantu melindungi anda daripada kanser ovari dan osteoporosis (tulang lemah) ketika lanjut usia.

Organisasi Kesihatan Dunia dan Kementerian Kesihatan Malaysia mengesyorkan supaya bayi diberi susu badan sahaja selama enam bulan yang pertama. Mereka juga menasihatkan para ibu supaya meneruskan penyusuan badan setelah bayi mula makan makanan pejal, sehingga usia bayi satu tahun atau lebih, jika boleh.

Susu ibu merupakan sumber makanan yang lengkap; ia mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh bayi anda. Ia mengandungi sekurang-kurangnya 400 jenis nutrien termasuk hormon dan bahan melawan penyakit yang tidak terdapat dalam susu formula. Malah, kandungan nutriennya juga berubah mengikut keperluan bayi anda semasa dia membesar. Ketahui dengan lebih lanjut mengenai bagaimana badan anda menghasilkan susu badan. 

Dan selain daripada manfaat pengembangan minda dan imuniti terhadap jangkitan yang terkandung dalam susu ibu, yang tidak boleh ditiru oleh mana-mana susu formula, penyusuan badan boleh membantu membina ikatan istimewa antara anda dan bayi anda. 

Persediaan untuk penyusuan badan

Asalkan sahaja anda sihat, tidak banyak yang perlu dilakukan sebagai persediaan bagi penyusuan badan. Tetapi anda boleh bersedia dari segi minda. Belajarlah sebanyak mungkin mengenai penyusuan badan sebelum bayi anda lahir. Galakkan juga suami anda untuk belajar mengenai penyusuan badan supaya dia boleh memberi sokongan dan galakan kepada anda.

Bagaimanakah cara untuk mula menyusukan bayi saya?

Memandangkan sesi penyusuan boleh mengambil masa dari tujuh hingga ke 40 minit, pilihlah tempat yang selesa untuk anda. Keadaan persekitaran adalah sangat penting, terutamanya pada peringkat awal ketika anda masih perlu membiasakan diri. Jika anda mudah diganggu oleh bunyi bising, cari tempat yang senyap. Jika anda mudah bosan, anda mungkin mahu menyusukan bayi di hadapan televisyen, tetapi hanya jika cara itu berkesan bagi anda dan bayi. Cubalah beberapa tempat yang mungkin dahulu sehingga anda menjumpai tempat yang sesuai untuk anda. 

Pegang bayi anda dalam posisi yang tidak membuatkan lengan dan belakang anda sakit. Letakkan seberapa banyak kusyen di sekeliling anda untuk sokongan. Ramai wanita mendapati posisi melengkok seperti buaian adalah paling selesa untuk mereka walaupun kegemaran ibu mungkin berlainan. Pastikan anda dan bayi berada dalam keadaan selesa sebelum mula menyusukan.

Perhatikan bagaimanakah rasa pada buah dada anda semasa bayi anda melekap padanya. Bayi sepatutnya menghisap satu mulut penuh payu dara anda. Jika pelekapan menyakitkan, lepaskan lekapan dengan memasukkan jari kelengkeng anda di antara gusi bayi dan puting anda. Kemudian cuba sekali lagi. Apabila bayi anda dapat melekap dengan baik, dia akan dapat melakukan apa yang perlu seterusnya. 

Saya pernah mendengar ibu-ibu menghadapi masalah semasa penyusuan

Walaupun para wanita telah menyusukan bayi sejak berkurun-kurun lamanya, ia bukan selalunya mudah. Ramai yang menghadapi kesulitan pada peringkat awal. 

Dalam enam minggu pertama, ketika bekalan susu anda sedang mengadaptasi dan bayi anda belajar untuk menyusu, anda mungkin akan mengalami perkara yang berikut: 

Benarkah menyusu badan itu mudah?

Sesetengah wanita akan mudah menyesuaikan diri dan penyusuan dan tidak menghadapi sebarang masalah. Tetapi kebanyakan ibu-ibu baru mendapati ianya sukar untuk dilakukan. Jika anda rasa kecewa, ingatlah bahawa bukan hanya anda seorang yang rasa begitu. Jika anda berputus-asa (atau hanya mahukan nasihat profesional), hubungi pakar perunding penyusuan ibu (terdapat di kebanyakan hospital). Direktori Penyusuan Badan A-Z kami juga menawarkan lebih banyak sumber. 

Anda juga boleh berbincang dengan doktor anda mengenai sebarang kebimbangan bersabit kesihatan yang mungkin akan menghalang penyusuan. 

Penyusuan memerlukan latihan. Berikan diri anda masa sebanyak mana yang anda perlukan untuk membiasakan diri. Lakukannya satu persatu dengan perlahan. Jika anda mengalami penyusuan yang teruk pada satu hari, beritahu diri anda bahawa hari esok akan menjadi lebih baik. Sentiasa ingat bahawa sebarang masalah yang anda hadapi hanyalah untuk sementara. Menjelang pemeriksaan doktor pada minggu ke-6, anda sudah boleh menyusukan bayi anda tanpa sebarang masalah. Jika tidak, jangan teragak-agak untuk mendapatkan pertolongan. 

Bolehkah saya menyusukan di tempat awam?

Walaupun anda rasa malu untuk menyusukan bayi di hadapan orang lain, ini telah menjadi satu perkara yang biasa di kawasan bandar di Malaysia. Lagipun, anda tidak boleh sentiasa pulang ke rumah anda setiap kali bayi anda perlu menyusu. 

Sesetengah baju direka khas untuk membolehkan anda menyusukan bayi anda dengan baik. Elakkan baju yang menggunakan butang kerana ia akan membuatkan anda berasa sangat terdedah. Baju yang boleh meregang adalah lebih baik. Letakkan sehelai skarf, selendang atau kain selimut yang nipis pada bahu dan dada anda semasa bayi anda menyusu supaya anda tidak berasa malu di tempat umum (pastikan anak anda boleh bernafas dengan baik). 

Kebanyakan pusat membeli-belah utama, atau yang dibina atau diubah suai dalam masa lima tahun yang lepas mempunyai bilik persalinan bayi, di mana anda boleh duduk dan menyusukan bayi anda dengan selesa dengan kehadiran ibu lain. Walaupun sekiranya anda tidak mempunyai akses kepada kemudahan seperti itu, kebanyakan tempat akan menyediakan tempat untuk ibu yang menyusukan dan bayi yang kelaparan. Mintalah sebuah bilik atau satu sudut apabila anda mahu menyusukan bayi anda. Lambat-laun, apabila anda sudah biasa dengan penyusuan, anda tidak akan keberatan untuk menyusukan bayi anda di tempat awam

Walau bagaimanapun, anda mungkin mahu mempertimbangkan hakikat bahawa cara hidup orang Malaysia boleh mewujudkan beberapa cabaran untuk menyusukan bayi di tempat awam. Sebagai contoh, jika anda berada di medan selera atau gerai mamak yang buka 24 jam (jangankan kemudahan untuk ibu dan bayi, bilik air yang bersih pun sukar untuk dicari!), jadi lebih baik anda menyusukan bayi anda sebentar di dalam kereta (kunci pintu dan hidupkan enjin supaya penghawa dingin boleh dipasang). Selesaikan penyusuan apabila anda telah sampai di rumah. 

Dapatkan tip-tip mengenai penyusuan badan di tempat awam daripada ibu-ibu Malaysia yang lain. Anda juga boleh menonton tayangan slaid ibu-ibu menyusukan di tempat awam.

Bolehkah saya teruskan penyusuan badan selepas saya kembali bekerja?

Ya. Kembali bekerja tidak bermakna anda terpaksa berhenti menyusukan. Malah, ibu-ibu yang bekerja di luar kawasan juga dapat menyusukan bayi mereka selama mana yang mereka mahu. Anda mungkin mahu mengepam susu di tempat kerja atau menyusukan hanya apabila anda bersama dengan bayi anda. Kedua-duanya boleh dilakukan. 

Baca lebih lanjut mengenai pengeluaran dan penyimpanan susu badan.

Jika majikan anda maklum mengenai penyusuan badan, mereka tentu tahu bahawa ibu-ibu yang menyusukan kurang perlu mengambil cuti kerana bayi mereka tidak kerap jatuh sakit.

http://www.babycenter.com.my/a1032673/menyusu-badan-kali-pertama#ixzz2kgzR3rno